Thursday, September 10, 2009

LAILATUL QADAR : Mencari Kemuliaan Taqarrub

Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi

Firman Allah swt :


1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

Baca Selanjutnya......

Monday, August 31, 2009

Perutusan Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 Presiden PAS

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan ‘obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubie, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT". Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.


Sekian, Wassalam

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Belum Selesai -
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Baca Selanjutnya......

Sunday, August 30, 2009

Sambutan kemerdekaan: umpama Pak Kadok menang sabung kampung tergadai


Gambar suasana ketika sambutan kemerdekaan

Seperti tahun-tahun sebelum ini sekali lagi rakyat beramai-ramai menyambut kemerdekaan negara. Bendera di naik dan dikibarkan dimerata tempat. Tahun ini agak istimewa kerana ia di sambut dalam suasana Ramadhan selain ia turut disambut dalam suasana penularan wabak H1N1 yang tiada tanda-tanda akan berhenti.

Atas sebab menghormati Ramadhan dan langkah-langkah pencegahan H1N1, Rais Yatim mengumumkan sambutan hanya diadakan di kawasan parlimen dan di hadkan pengunjungnya.

Ada 2 kesimpulan tersirat yang dapat saya ambil dari keputusan Rais itu, 1) Rais mengakui ternyata sambutan kemerdekaan sebelum ini adalah bertentangan dengan Islam sebab itu beliau kata sebagai menghormati Ramadhan, kalau di luar Ramadhan mesti tidak menghormati Ramadhan. 2) Kerajaan masih buntu dengan dan amat takut dengan masalah H1N1 di negara ini walaupun cuba bersikap tenang menghadapi wabak ini.

Walau apapun isu, masalah atau perkara tersirat disebalik sambutan kemerdekaan ini, yang pastinya rakyat masih merayakannya dengan penuh kegembiraan tenpa mempedulikan apa yang berlaku dan bakal berlaku dalam negara. Apa yang penting gembira dan puas meraikannya.

Bila tiba 31 ogos, kerajaan UMNO/BN sering memaparkan sejarah di kaca tv dan dada-dada akhbar bagaimana UMNO pada masa itu yang diterajui Allahyarham Tunku Abd Rahman berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British. Laungan Merdeka!! di laungkan di Stadium Merdeka, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan jalur gemilang. Inilah yang ditanamkan dalam kepala otak rakyat saban tahun selain memutar fakta sejarah di dalam buku-buku teks anak-anak kita.

Rakyat tidak tahu fakta tersirat dan disembunyikan disebalik kemerdekaan yang disambut. Siapa sebenarnya yang telah bermati-matian memperjuangkan Tanah Air? Bagaimana Tanah Melayu boleh mendapat kemerdekaan dengan mudah? Perkara apa yang ditanam oleh British sebelum memberi kemerdekaan kepada negara.. dan pelbagai perkara sebenar yang telah disembunyikan oleh kerajaan UMNO/BN.

Sebab itu, bila pemimpin-pemimpin negara ini melakukan perkara-perkara yang merugikan negara rakyat tidak ada kesedaran.

Isu Singapura memajak tanah di Johor, Pembangunan Wilayah Iskandar, gas asli yang sepatutnya di daratkan di Kelantan, isu penjualan Bernas dan macam-macam lagi isu yang menjual kepentingan-kepentingan negara, tapi rakyat tidak juga faham dan tidak tahu.

Selain itu masalah moral juga terus menghantui negara, terutamanya anak-anak melayu yang semakin hancur dan rosak. Menagih dadah, mencuri, rogol, rompak, buang anak dan pelbagai masalah yang bakal menjadi penyebab kepada kehancuran negara di masa depan.

Masalah-masalah ini tidak pernah selesai, dan UMNO/BN terus membuai rakyat dengan kegembiraan dan keseronokan dan mereka (UMNO/BN) pula terus mengaut keuntungan dari hasil negara untuk kepentingan diri sendiri.

Hakikatnya sekarang majoriti rakyat tetap bergembira dan berseronok menyambut kemerdekaan dalam keadaan tidak mengerti apa erti kemerdekaan sebenar, umpama Pak Kadok yang bergembira dengan kampungnya yang tergadai.

Baca Selanjutnya......

Wednesday, August 12, 2009

INI UMNO, BUKAN MELAYU

Oleh Prof Hamirdin

Assalamualaikum,


Anda ingat lagi pasal smoke screen? setiap kali umno menyebut melayu, ia bermaksud umno. Gantikan setiap kalimah melayu kepada umno.

Baca Selanjutnya......

Monday, August 10, 2009

UMNO bakal berdepan semangat Badar di Permatang Pasir


SPR mengumumkan tarikh pilihanraya kecil pada 25 Ogos 2009 berada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak

UMNO bakal berhadapan satu lagi gelombang hebat di Permatang Pasir. Ia akan lebih hebat daripada berbanding Kuala Terengganu, lebih hebat berbanding Bukit Gantang dan lebih hebat daripada Manek Urai.

Penulis berpandangan demikian kerana UMNO terpaksa berdepan dengan petugas PAS yang akan bersemangat Badar menghadapi UMNO. Kekuatan PAS pasti lebih ampuh kali ini.

Walaubagaimanapun PAS perlu memastikan tarbiyah petugas-petugasnya di tahap tertinggi.

Ujian Allah pasti lebih hebat bagi menguji keimanan para pejuangnya.Petugas PAS tidak boleh lalai dalam menghadapi UMNO di Permatang Pasir.

Semoga Allah mengurniakan semangat Badar kepada kita.

Baca Selanjutnya......